Tuesday 6 December 2011

Kalau Kena Maki, Anda Nak Jawab Apa?

     Assalamualaikum..Tanya lagi? “Confirm” la balas balik, kan? Habis tu, orang dah maki kita macam-macam, “Bodoh la”, “Mangkuk la”, takkan nak diam saja, kan? Itu baru sikit yang Bahasa Melayunya. Yang selebihnya kita simpan dulu. Kalau yang pandai berbahasa Inggeris, mau senarai makiannya sama macam Mat Saleh dalam tv. Tiba-tiba pandai pulak “speaking” Mat Saleh bila marah. Itulah perkara yang sering kita dengar dalam seharian, baik di pejabat, kelas, bilik atau di mana-mana sahaja. Segala makian dan cacian pasti dibalas makian. Tapi macam mana ek masa zaman Rasulullah? Yok kita tengok kisah yang diriwayatkan oleh Rabiah al Aslami.
     Pada suatu hari dia sedang berbicara dengan Saidina Abu Bakar. Sedang asyik berbicara, Saidina Abu Bakar  secara tidak sengaja telah mengeluarkan satu perkataan yang tidak digemari Rabiah. Langsung Saidina Abu Bakar berasa bersalah dan menyesal atas ketelanjurannya dan berkata, “Rabiah, balaslah ucapanku tadi dengan yang setimpal agar menjadi qisas.” Rabiah menjawab, “Aku tidak mahu lakukannya.”

     Saidina Abu Bakar  mendesak, “Katakan atau aku akan adukan kamu kepada Rasulullah.” Biarpun didesak, Rabiah tetap dengan pendiriannya untuk tidak membalas kata-kata Saidina Abu Bakar  tadi. Orang ramai yang berada di situ turut mendesak agar Rabiah mengikut desakan Saidina Abu Bakar, namun Rabiah masih lagi enggan menurut perintah Saidina Abu Bakar .
     Lalu, Saidina Abu Bakar  pun berjumpa dengan Rasulullah dan mengadukan hal yang terjadi antara dia dan Rabiah. Mendengar cerita Saidina Abu Bakar , Rasulullah kemudiannya bertanya kepada Rabiah hal yang terjadi. Rabiah menceritakan bahawa Saidina Abu Bakar  telah mengeluarkan perkataan yang dia tidak sukai dan meminta dia membalas kembali agar menjadi qisas, tetapi dia enggan. 

     Mendengar kedua-duanya, Rasulullah lantas bersabda, “Betul, jangan balas ucapannya. Tetapi katakanlah, "Semoga Allah Mengampunimu, Abu Bakar.” Rabiah terus menuruti sabda Rasulullah dengan berkata, “Semoga Allah mengampunimu, Abu Bakar.” Mendengar kata-kata Rabiah itu, Abu Bakar langsung menangis.
     Ha, kalau kena maki, macam tu la jawabnya. Bukan apa, takut-takut bila kita berbalas makian, dapat dosa percuma je tak semena-mena. Jangan biarkan nafsu membakar amarah. Sentiasa landaskan Islam dalam segenap perkara kehidupan, ternyata sangat cantik dan indahnya hidup kita. Jadi, selepas ni, kalau kena maki, nak jawab apa? “Semoga Allah Mengampunimu”. Pandai. Hehe. All the best, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada, 

4 comments:

Anonymous said...

terkejut bukak page ni.. gambar2 kat atas tu... banyaknye khidmat arwah.... Al-fatihah~

Warkahsiber said...

=)..Jasa beliau memang tak terhingga, muncurah keringat dalam dakwah..Sekadar mencuba yang termampu menyambung perjuangan beliau..=)..

tunz said...

kenapa ye WS..siapa yg dimaksudkan...

Warkahsiber said...

Gambar yang di sebelah kiri itu ialah abang saya, Mohd Ikhwan, trainer Telaga Biru Training and Consultancy yang telah kembali ke rahmatullah pada Februari yang lepas. Beliaulah pengasas Warkahsiber..Saya hanya menyambung segala perjuangan dakwah yang telah dimulakan beliau, mama..=)..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More